|
BuDaK sAiNs BeRCiNtA... PpEeRgGhH..!!
Tuesday, February 15, 2011 | 7:32 AM | 0 cookies
Di ambang sore nan hening. Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?? Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian. Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan. Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar! Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih. Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan. Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan. Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan? Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu. Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia? Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya. Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya. Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya. Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye? Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim. Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam. Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman. Kau : Tapi, imanku adalah infiniti! Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23. Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis. Kau : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian....... [:-D] [:-D] [:-D] [:-D] [:-D] |